top of page
 COMIC PROMO-3.jpg

Bab 3 | Obsesi Pewaris Karya Amyra Aimi

Writer: Aimi Hikaru
Aimi Hikaru
5 days ago
5 min read

Updated: 12 hours ago

Close-up book cover of a dark-haired person with rings, staring intensely; title Obsesi Pewaris by Amyra Aimi.

Bab 3 - Obsesi Pewaris Karya Amyra Aimi


DI dalam kelab itu.


Booth itu terletak di sudut belakang dan menghadap pintu masuk. Ia turut menghadap pentas dan setiap pintu. Tabiat lama dan keluarga mereka. Jenis tabiat yang diajar, bukan dipilih.


Empat lelaki duduk di situ. Mereka tidak bergelak ketawa seperti kebanyakan pengunjung yang lain atau pun hanya sekadar minum.


Mereka lebih banyak memerhati.


Raffa Fathurrahman telah merenung pentas itu selama empat puluh lima minit.


Dia pernah bercakap dengan Qistina sebelum ini. Dua kali, sebenarnya. Sekali pada setahun yang lalu dan sekali lagi, pada enam bulan kemudian. Kedua-duanya, dia tidak pernah cukup dekat untuk benar-benar mengenal gadis itu. Dia pernah bercakap dengannya, tetapi dia tidak pernah benar-benar mendekatinya.


Tetapi malam ini, dia datang atas sebab tertentu.


Kerana anak buahnya memberitahunya gadis itu menyanyi di sini. Salah seorang lelaki upahannya menyebut 'gadis dari kampus kau menyanyi di The Vault setiap Jumaat'. 


Raffa telah menghabiskan dua tahun memerhati Qistina dari jauh. Dia pernah melihatnya di perpustakaan, di kafetaria, dan di dewan kuliah, namun dia tidak pernah berjaya mengetahui ke mana gadis itu pergi setiap kali dia menghilang.


Sekarang barulah dia tahu.


Qistina rupanya datang ke sini.


Dan dia menyanyi.


Dia bagus. Lebih daripada bagus. Lebih baik daripada sesiapa yang pernah Raffa dengar.


Raffa melihat gadis itu di atas pentas. Dan kemudian dia mendengar suara yang merdu itu. Sial!


Tetapi itu bukan sebab mengapa dia masih duduk di situ sejam selepas persembahannya tamat. Dia masih duduk di situ kerana dia telah melihat sesuatu... bukan penyanyi itu. Bukan pelajar itu.


Dia.


Seorang gadis yang berjalan keluar dari pentas dan membiarkan senyumannya mati begitu tirai ditutup. Gadis yang memerhati seluruh bilik seperti sedang mencari seseorang. Yang menundukkan kepalanya ketika berjalan keluar, seperti tidak mahu sesiapa pun mengenalinya.


Raffa kenal gaya berjalan itu. Dia yang menciptanya.


Ia adalah gaya berjalan seseorang yang menyembunyikan sesuatu. Seseorang yang terlibat dalam sesuatu dan telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.


"Jadi kau betul." Raffa bersuara perlahan. Datar.


Raffa tidak mengalihkan pandangannya dari tirai tempat gadis itu menghilang.


"Dia di sini." Dia menyambung. "Selama ni."


"Yup, Raffa."


Eddie menyandarkan badan ke depan, siku di atas meja. "Suara bidadari."


Farid bersiul perlahan.


"Dan dia studen dekat Al-Fath."


"Dia pelajar biasiswa," Zack membetulkan. "Budak Dekan setiap semester. Course yang sama dengan Raffa dan kau, Farid."


"Pergh... gila."


"Nope." Zack menggeleng perlahan. "Itu bukan gila. Itu disengajakan."


Senyap.


Raffa akhirnya menoleh. "Kata apa?"


Zack bertentang mata dengan teman akrabnya itu sambil tersenyum miring.


"Dia kerja dekat kelab milik keluarga selama dua tahun. Malam yang sama setiap minggu. Bandar yang sama. Dunia yang sama. Itu bukan kebetulan, Raffa. Itu satu corak." Zack mencapai gelasnya dan meneguknya dengan sekali teguk. 


"Perempuan tu... tengah memburu sesuatu." Ucapnya lalu meletakkan kembali gelasnya itu di atas meja.


"Kau rasa macam tu?"


"Yup."


Raffa memandang kembali tirai itu. "Aku pun sama." Ucapnya penuh makna.


Pandangannya itu beralih dengan tatapan tajam ke arah pintu keluar dengan senyuman yang disembunyikan dari penglihatan semua sahabat akrabnya itu. Fikirannya itu merencana sesuatu. Sesuatu yang sudah lama dipendamkan, tanpa pengetahuan sesiapa.


Mereka duduk seperti tentera yang sedia terlatih.


Tak seperti kebanyakan anak muda seusia mereka yang suka berparti. Bukan seperti pewaris kaya-raya yang datang untuk minum atau anak-anak lelaki kepada orang paling berkuasa yang menghabiskan malam mereka di kelab kerana mereka mampu.


Masing-masing sengaja duduk dengan gaya menyandar ke belakang di dinding. Mata memerhati ke seluruh bilik. Poket yang bersenjata, tidak kosong. Bersedia bila-bila masa saja jika apa-apa berlaku. 


Setiap beberapa minit, salah seorang daripada mereka akan memerhati pintu masuk, bar, bahagian VIP, dan pintu belakang. Tiada siapa mengumumkan apa yang mereka lakukan. Tiada siapa perlu. Mereka telah dilatih untuk sentiasa berwaspada sejak kecil oleh ibu bapa masing-masing.


Bapa masing-masing yang berkuasa, kadang-kadang mereka sendiri diarahkan untuk memanggil bapa mereka dengan panggilan bos. Bukannya panggilan ayah. Atau, daddy.


Orang lain di dalam kelab itu perasan.


Namun tiada siapa merenung lelaki seperti mereka. Tetapi mereka perasan segala-galanya. Seorang pelayan teragak-agak sebelum mendekati booth. Seorang gadis di bar memandang lalu, cepat memalingkan pandangan. Seorang lelaki di meja sudut mengalihkan kerusinya sebaik merasa seperti diperhatikan oleh salah seorang dari mereka.


Kerana setiap orang di dalam bilik ini dapat merasakannya. Ini bukan geng anak muda biasa.


Tiada yang normal di dunia ini.



SEORANG gadis menghampiri booth.


Dia berambut perang dan tinggi, memakai dress pendek dan mahal. Dia berhenti di sisi Raffa dengan gaya seseorang yang tahu betul apa yang dia lakukan, berdiri terlalu dekat sebelum menyandarkan badan dengan senyuman yang terlatih.


Masing-masing mengerling dengan senyuman nakal. Apatah lagi Zack yang pantang melihat perempuan seksi dan berdahi licin. Raffa saja yang buat tak tahu. Yang bermuka tanpa perasaan.


"Hai. You nampak sunyi. Nak I temankan?" Senyumnya dengan gaya menggoda.


Raffa tidak menoleh. "Siapa yang hantar kau?"


Senyuman gadis itu berubah, menjatuhkan sebelah tangannya itu perlahan-lahan. Tak jadi dia nak menyentuh lengan Raffa yang kelihatan kukuh dan berurat itu. Dia menahan rasa malu. Terang-terangan Raffa tunjukkan penolakan, tak seperti lelaki lain yang baginya, tak mungkin akan menolak.


"Apa dia?"


Raffa menoleh. Perlahan. Cukup untuk memandangnya.


Dia menjadi kaku.


Muka Raffa tidak langsung menunjukkan ketegangan atau kejam. Kelihatan seperti tiada apa-apa. Tanpa reaksi. Tapi cukup untuk membuatkan seseorang itu berundur.


"Kau dengar aku cakap apa, kan."


Raffa cukup pantang jika perlu mengulang semula percakapannya. Dia tak suka. Membuang masa dengan orang yang dirasakan tidak perlu. Gayanya itu cukup angkuh.


Gadis itu menelan air liur. "I tak..."


"Kau takkan pilih meja ni secara kebetulan atau pun sesuka hati." Suara Raffa kekal datar. "Kau takkan datang ke sini hanya sebab aku nampak sunyi. Ada orang yang suruh kau, kan. Berapa pun yang dia bayar kau, aku tak peduli. Kau hanya buang masa aje."


Muka gadis itu berubah pucat.


"I..."


"Orang yang upah kau tu... anak buah ayah aku ke?"


Senyap.


"Atau someone?"


Gadis itu tak menjawab. Dia tidak perlu kerana apa yang ditebak Raffa itu benar. Seseorang telah mengupahnya untuk menyiasat satu-satunya pewaris Fathurrahman itu.


Raffa memandang sesaat gadis itu tanpa belas kasihan lalu, mengalihkan pandangannya ke depan. "Balik." Itu saja ayatnya.


"Tapi, I cuma nak tau... kalau you... betul-betul perlukan teman. Takde... takde sesiapa pun yang bayar I untuk dekati you." Gadis itu berkata lembut dengan gelengan. Selembut mungkin. 


Mukanya itu masih pucat sebaik digertak begitu.


"I said, get lost."


Gadis itu lekas berlalu. Tanpa menoleh langsung.


Zack memerhatikan gadis itu pergi. Kemudian dia memandang Raffa sambil ketawa kecil. "Kau patutnya cakap elok-elok dengan perempuan tu, bro. Kesian aku tengok dia."


Raffa tak menjawab.


"Kau pun tahu dia cuma buat apa yang disuruh, kan."


"I know." Raffa mengambil gelasnya, yang tidak dipesannya langsung tapi masih tetap dihantar oleh bar, dan meletakkannya semula tanpa disentuh. "Like I care."


***


Sokongan anda membantu saya untuk terus menghasilkan karya seni dan memberi inspirasi kepada saya untuk mencipta lebih banyak kandungan artistik. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan seni ini! Sokong saya di sini:



Terima kasih kerana membaca.


Bab 3 - Obsesi Pewaris Karya Amyra Aimi

Comments


bottom of page